Opera. Dibuat untuk komputer anda.
Muat turun penyemak imbas web alternatif yang pantas lagi percuma.
Muat turun percumauntuk Mac
-
Semak imbas dengan lebih pantas
Opera ialah sebuah penyemak imbas berkelajuan tinggi untuk komputer. Halaman dan tab dimuatkan dengan lebih pantas, walaupun pada sambungan internet yang perlahan.
-
Dapatkan ketenangan fikiran
Opera menyemak tapak berisiko, memberi amaran kepada anda tentang ancaman berpotensi. Tetapan privasi Opera juga membolehkan anda melayari web tanpa dijejak.
-
Atur kegemaran anda
Letakkan tapak web yang paling anda gemari terus pada halaman utama dengan Dail Pantas dalam Opera. Tambahkan kegemaran baru dengan satu klik.
-
Peribadikannya
Dengan beratus pilihan, pelanjutan Opera menambah perkhidmatan berguna pada penyemak imbas yang memberikan anda lebih banyak cara untuk menemui perkara yang dicari di web. Atau, pilih daripada pelbagai tema berwarna-warni untuk memperibadikan tetingkap penyemak imbas.
-
-
Bawanya bersama-sama anda
Simpan penanda buku, tapak Dail Pantas dan kata laluan menggunakan Opera Link dan anda mendapat akses segera kepada semua perkara kegemaran anda semasa dalam perjalanan - di mana sahaja anda berada.
Buat pintasan
Peribadikan pengalaman penyemakan imbas anda dalam Opera, daripada pintasan papan kekunci dan gerak isyarat tetikus, kepada cara yang digemari untuk membuat carian.
Muat turun