Opera Turbo - Apa yang ditunggu lagi?
Tersedia pada: Opera untuk komputer
-
Kelajuan tinggi, ke masa sahaja anda pergi
Akses web yang pantas tidak sentiasa boleh anda dapati. Mungkin anda perlu bersambung dengan Wi-Fi di kafe yang sesak atau menggunakan komputer riba yang disambungkan pada telefon mudah alih.
Dalam keadaan ini, melayari web sememangnya amat perlahan. Itulah sebabnya penyemak imbas Opera menyertakan mod Opera Turbo yang unik yang mampu memuatkan halaman web sehingga lima kali lebih pantas berbanding penyemak imbas lain.
-
Tiada kebimbangan tentang privasi
Walaupun semasa menggunakan Opera Turbo, sambungan selamat tidak melalui pelayan Opera. Ini bermakna, apabila anda menggunakan bank atau menghantar data sensitif, anda berhubungan terus dengan tapak web.
-
Cara kami mendapatkan kelajuan yang tinggi
Apabila Opera Turbo didayakan, halaman web dimampatkan melalui pelayan Opera supaya kurang data yang digunakan berbanding tanpa mampatan. Ini bermakna, saiz muat turun menjadi lebih kecil supaya anda dapat melihat halaman web dengan lebih pantas.
Mendayakan Opera Turbo adalah semudah mengklik ikon Opera Turbo di bahagian bawah sebelah kiri tetingkap penyemak imbas Opera. Apabila anda berada pada sambungan yang laju dan tidak memerlukan Opera Turbo, penyemak imbas Opera akan melumpuhkannya secara automatik.