Penyemak imbas konsep Opera Neon untuk Mac & Windows

Dapatkan gambaran sepintas lalu apa yang akan jadi dengan Opera untuk komputer. Setiap ciri Opera Neon adalah realiti alternatif untuk penyemak imbas Opera.

Muat turun sekarang Percuma untuk Windows

Ketahui visi Opera Neon untuk penyemak imbas desktop:

Nikmati keindahannya

Ciri penyemak imbas Opera yang anda suka telah dimulakan semula, dengan penampilan menyeronokkan dan segar pada Dail Cepat, tab visual dan kotak omni, yang terapung masuk bagi memulakan sesi semakan imbas anda. Opera Neon membersihkan semak pada desktop anda dengan membawa kertas hias latar komputer anda ke dalam penyemak imbas. Atau, jika anda mahukan Neon penuh, kami telah bekerjasama dengan artis grafik Luke Choice untuk mencipta dua kertas hias dinding diinspirasikan Neon secara percuma.

Libatkan deria anda

Enjin fizik Opera Neon yang baru dibangunkan bakal menghidupkan semula dunia internet. Tab dan objek lain bertindak balas kepada anda seperti objek sebenar; ia mempunyai berat badan dan bergerak dengan cara yang semula jadi apabila diseret, ditolak, atau malah ditimbulkan. Penyemak imbas desktop ini lebih daripada hanya tetingkap ke internet – dengan Opera Neon, anda mengawal semua yang anda lihat.

Bebaskan minda anda

Dengan tetingkap timbul video, mod skrin terpisah, kotak omni yang dibina semula dan tab visual yang ditambah baik, Opera Neon menjadikan melayari web mudah dan indah. Anda tidak perlu menyumbat imej yang anda suka jauh ke dalam folder di mana anda tidak akan menemuinya lagi. Sebaliknya, kumpul ke dalam alat lekat-ke-galeri terbina dalam. Sukakan sesuatu video? Opera Neon juga membolehkan anda mengumpul tab memainkan media anda bersama-sama dalam panel pemain.

Tab visual dan graviti

Opera Neon menawarkan anda ciri baharu dalam konsep reka bentuk segar untuk membantu anda mengalami web dengan cara yang ia boleh. Tiada lagi hari mencari melalui tab pelayar yang tidak berkesudahan untuk mencari laman web yang anda mahu. Tab visual yang berwarna-warni menggunakan imej dari halaman web untuk membantu anda mencari halaman yang anda perlukan. Krim terapung ke atas, dan begitu juga dengan tab kegemaran anda; sistem graviti Opera Neon menarik tab anda yang paling banyak digunakan untuk kedudukan yang tinggi pada Dail Cepat anda. Selesai dengan tab? Timbulkannya dan lihat ia hilang!

Lekat-ke-galeri

Pangkas, lekat dan simpan imej pembelian dalam talian anda yang seterusnya, gambar yang menakjubkan atau meme kelakar dari web dan Opera Neon akan menyimpannya ke tab galeri. Imej anda akan dilabelkan dengan alamat webnya supaya anda boleh kembali ke halaman sumber kemudian.

Mod skrin terpisah

Menyemak imbas satu laman web pada satu masa tidak lagi memadai. Mod skrin terpisah membolehkan anda bebas menyemak imbas dua laman web sekaligus hanya dengan menyeret tab visual ke panel kiri atau kanan. Tanpa perlu klik kembali ke dalam halaman, hanya gerakkan penunjuk tetikus anda antara muka surat untuk semakan imbas serentak.

Tetingkap timbul dan pemain video

Video boleh ditimbulkan ke dalam tetingkapnya sendiri, yang boleh dilaraskan dan boleh digerakkan supaya anda boleh terus menonton saluran kegemaran YouTube atau Vimeo anda sambil anda menyemak imbas. Kami juga telah menambah panel pemain yang mengaturkan semua tab yang memainkan muzik atau video ke dalam satu panel tunggal untuk akses pantas.

Opera Neon. Bagaimana jika...