Kenali kami dan ketahui perkara yang kami lakukan

Opera ialah sebuah syarikat Scandinavia bebas yang telah menceburi perniagaan membuat penyemak imbas web sejak tahun 1994. Para pengasas kami melihat internet sebagai satu cara yang dapat menjadikan maklumat percuma dan tersedia kepada semua orang di dunia ini tanpa mengira tempat tinggal atau cara mereka masuk ke dalam talian.

Sejak itu, salah satu pendorong utama di sebalik kerja kami ialah mencipta penyemak imbas web yang dapat dijalankan pada komputer, telefon atau sebarang peranti lain, daripada TV kepada tablet dan konsol permainan. Pada hari ini, kami berbangga untuk menyatakan bahawa produk dan perkhidmatan kami menghubungkan lebih ramai orang daripada sebelumnya, daripada mereka di bandar-bandar besar hinggalah kepada mereka yang jauh di pedalaman dan tempat-tempat terpencil di dunia ini.